Monday 19 September 2011

Petua berhenti merokok



Assalammualaikum semua..seperti mana yang kita tahu merokok memang membahayakan kesihatan. Tapi yang pak cik sedihnya para perokok ni bukannya nak ambik kisah pun. Letak lah gambar mulut bernanah, paru2 hitam mahupun gambar justin bieber kat kotak rokok tu sekalipun diorang ni tetap nak beli jugak. Pak cik pun sedih tengok apabila rakyat Malaysia sanggup berhabis berjuta juta ringgit hanya semata- mata nak beli rokok. Korang kan tahu kan hampir semua syarikat rokok adalah milik yahudi. Kerajaan Malaysia pun tak boleh haramkan terus penjualan rokok, maklumlah cukai rokok kan sumber pendapatan negara. Kira adalah jugak sumbangan para perokok ni pada negara. Walau bagaimanapun jabatan agama islam dah keluar kan fatwa bahawa menghisap rokok itu adalah haram. Jadi demi ingin menyelamatkan korang dari terus mendapat dosa, pak cik disini nak kongsi petua bagi korang berhenti merokok.

Petuanya adalah->


  1. Minumlah air banyak-banyak. Kalau korang nak minum air satu lori tangki pon pak cik tak kisah..jangan korang minum air ketum sudah. Elakkan minum air berkafein seperti kopi dan teh, kerana    minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
  2. Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian korang daripada rokok. Contohnya ajaklah jiran mengumpat, kira bulu kambing ataupun buat poco-poco kat dalam supermarket ke.
  3. Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan. Kalau bosan tarik nafas sorang-sorang, ajaklah ketua kampung anda tarik nafas bersama-sama.
  4. Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali anda ingin merokok. Jika bekalan air di rumah anda kena potong, tumpanglah mandi di rumah jiran ataupun mandi di surau yang berdekatan.


p/s- rokok dekat Sarawak murah-murah.

No comments:

Post a Comment