Petuanya adalah ->
- Tumbuk lumat segenggam jintan hitam. Kemudian campurkan dengan air suam. Jangan sesekali guna air ketuban. Kemudian minum dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Boleh juga diminum ketika menonton bola dan semasa melayan drama Indonesia. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
- Parut pisang yang banyak biji bukan yang yang banyak bunyi ye dengan daun jambu batu yang muda. Tumbuk kedua-duanya sehingga hancur dan halus. Campur bahan yang telah siap tadi dengan beberapa gelas air. 40 gelas pun boleh kalau korang nak. Minum air tersebut selama beberapa hari.
- Potong kasar-kasar segenggam kangkung kampung dengan akar-akarnya sekali. Rebuskan kangkung tersebut didalam periuk atau apa-apa yang boleh dijadikan tempat merebus kat dapur korang tu. Setelah mendidih, duduk atau cangkung atasnya bagi mendapatkan wap panas tadi. Alaa macam korang buat nasi kangkang tu lah. Macam tak biasa je buat. Selepas beberap minit korang bolehlah bangun dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Kankung yang di dalam periuk tu, kalau korang nak buat kangkung goreng belacan itu terpulang pada korang. Korang nak bagi jiran sebelah merasa pun pak cik tak kisah.
p/s- Sayangilah punggung anda demi orang tersayang.