Monday 19 September 2011

Petua berhenti merokok



Assalammualaikum semua..seperti mana yang kita tahu merokok memang membahayakan kesihatan. Tapi yang pak cik sedihnya para perokok ni bukannya nak ambik kisah pun. Letak lah gambar mulut bernanah, paru2 hitam mahupun gambar justin bieber kat kotak rokok tu sekalipun diorang ni tetap nak beli jugak. Pak cik pun sedih tengok apabila rakyat Malaysia sanggup berhabis berjuta juta ringgit hanya semata- mata nak beli rokok. Korang kan tahu kan hampir semua syarikat rokok adalah milik yahudi. Kerajaan Malaysia pun tak boleh haramkan terus penjualan rokok, maklumlah cukai rokok kan sumber pendapatan negara. Kira adalah jugak sumbangan para perokok ni pada negara. Walau bagaimanapun jabatan agama islam dah keluar kan fatwa bahawa menghisap rokok itu adalah haram. Jadi demi ingin menyelamatkan korang dari terus mendapat dosa, pak cik disini nak kongsi petua bagi korang berhenti merokok.

Petuanya adalah->


  1. Minumlah air banyak-banyak. Kalau korang nak minum air satu lori tangki pon pak cik tak kisah..jangan korang minum air ketum sudah. Elakkan minum air berkafein seperti kopi dan teh, kerana    minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
  2. Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian korang daripada rokok. Contohnya ajaklah jiran mengumpat, kira bulu kambing ataupun buat poco-poco kat dalam supermarket ke.
  3. Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan. Kalau bosan tarik nafas sorang-sorang, ajaklah ketua kampung anda tarik nafas bersama-sama.
  4. Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali anda ingin merokok. Jika bekalan air di rumah anda kena potong, tumpanglah mandi di rumah jiran ataupun mandi di surau yang berdekatan.


p/s- rokok dekat Sarawak murah-murah.

Tuesday 13 September 2011

Petua memancing ikan


Assalammualaikum..salam satu Malaysia..mesti ade di antara korang yang jenis kaki pancing hardcore . Tak kiralah tempat tu ade hantu, ade banyak babi hutan ataupun loji tahi sekalipun, selagi tempat tu  ade ikan besar yang banyak korang mesti pergi jugak punyalah. Namun korang mesti frust bila pergi mancing dalam hutan sampai 2-3 hari tapi sekor ikan pun tak dapat, pastu kene bebel lagi dengan bini. Sebenarnya nak memancing ni ade caranya. Disini pak cik nak share sikit lah ayat atau petua nak memancing ni walaupun sebernarnya pak cik tak minat memancing, tengok orang mancing minatlah. Di harap selepas pak cik bagi petua ni korang takkan pulang dengan tangan kosong mase pergi mancing selepas ni.

Ni lah petuanya:-


  1. Tuliskan surah An Nashr di atas kepingan timah dan letakkan dekat umpan. Lebih kurang korang gantikan batu ladung dengan timah tu. Nescaya berduyun2 ikan akan berkerumun kat umpan korang.
  2. Sebelum kamu memancing baca " Yaa Asmaku Auladu Ka" (wahai ikan2 aku lah ketua kamu)


p/s:  Nanti bila dapat ikan karang, bagi lah pak cik sekor dua ok?

Petua sakit perut

Assalammualaikum..masalah sakit perut sering kali menggangu tugasan seharian kita. Nak tidur tak boleh,
nak bagi kucing makan tak boleh, senang citer semua benda lah tak boleh buat. Pak cik pon dah banyak
kali mengalami masalah ni. Kalaulah sakit perut ni sejenis hidupan, nak je pak cik pijak2 kepala dia.
Tapi korang jangan risau..semua penyakit ade penawarnya. Disini pak cik nak kongsi beberapa tips
dan petua bagi menangani masalah sakit perut korang tu.


  1. Minum madu satu sudu..madu ape2 pon boleh..jgn lupe selawat sebelum minum.
  2. Makan pucuk jambu..kunyah perlahan2 dan telan..kalau tak boleh nak telan anggap lah diri anda sebagai seekor kambing yg kelaparan.
  3. Ambik tepung gandum dalam satu sudu..satu senduk boleh gak kalau korang nak..pastu masukkan dalam air..gaul hingga sebati dan minum.
  4. Kalau semua cara diatas tak jalan jugak pergilah beli pil Chi Kit Teon ke, pil Bah Kah Chai ke..telan lah sampai 7-8 biji sehingga perut korang rase lega.
  5. Kalau tak elok jugak perut tu..pergilah klinik..pergi check kot2 pregnant ke..mane la tahu..budak2 zaman sekarang bukan boleh percaya.