Saturday 5 May 2012

Petua mengatasi masalah buasir



Assalammualaikum pembuka bicara dan salam satu Malaysia. Penyakit buasir ni bukanlah penyakit yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, maklumlah rakyat Malaysiakan suka makan makanan yang pedas-pedas seperti sambal belacan,asam pedas dan macam-macam lagilah, pak cik nak sebut pun dah membuatkan buntut pak cik dah terasa nyilu. Disini pak cik nak ceritakan pengalaman seorang rakan pak cik yang mengalami masalah buasir ni. Beliau dah mengalami buasir ni selama 4 tahun. Beliau ceritakan kepada pak cik bagaimana sengsaranya beliau semasa nak buang air besar. Seram pak cik mendengarnya. Cerita beliau menimbulkan rasa sayang pak cik pada buntut pak cik. Namun seperti biasalah, semua penyakit ada penawarnya dan boleh disembuhkan dengan izin Allah. Disini pak cik ada beberapa petua orang lama bagi merawat dan menyembuhkan penyakit buasir. Diharap petua ini dapat membantu anda untuk berak dengan lebih selesa.

Petuanya adalah ->



  1. Tumbuk lumat segenggam jintan hitam. Kemudian campurkan dengan air suam. Jangan sesekali guna air ketuban. Kemudian minum dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Boleh juga diminum ketika menonton bola dan semasa melayan drama Indonesia. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
  2. Parut pisang yang banyak biji bukan yang yang banyak bunyi ye dengan daun jambu batu yang muda. Tumbuk kedua-duanya sehingga hancur dan halus. Campur bahan yang telah siap tadi dengan beberapa gelas air. 40 gelas pun boleh kalau korang nak. Minum air tersebut selama beberapa hari.
  3. Potong kasar-kasar segenggam kangkung kampung dengan akar-akarnya sekali. Rebuskan kangkung  tersebut didalam periuk atau apa-apa yang boleh dijadikan tempat merebus kat dapur korang tu. Setelah mendidih, duduk atau cangkung atasnya bagi mendapatkan wap panas tadi. Alaa macam korang buat nasi kangkang tu lah. Macam tak biasa je buat. Selepas beberap minit korang bolehlah bangun dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Kankung yang di dalam periuk tu, kalau korang nak buat kangkung goreng belacan  itu terpulang pada korang. Korang nak bagi jiran sebelah merasa pun pak cik tak kisah.

p/s- Sayangilah punggung anda demi orang tersayang.





Monday 19 September 2011

Petua berhenti merokok



Assalammualaikum semua..seperti mana yang kita tahu merokok memang membahayakan kesihatan. Tapi yang pak cik sedihnya para perokok ni bukannya nak ambik kisah pun. Letak lah gambar mulut bernanah, paru2 hitam mahupun gambar justin bieber kat kotak rokok tu sekalipun diorang ni tetap nak beli jugak. Pak cik pun sedih tengok apabila rakyat Malaysia sanggup berhabis berjuta juta ringgit hanya semata- mata nak beli rokok. Korang kan tahu kan hampir semua syarikat rokok adalah milik yahudi. Kerajaan Malaysia pun tak boleh haramkan terus penjualan rokok, maklumlah cukai rokok kan sumber pendapatan negara. Kira adalah jugak sumbangan para perokok ni pada negara. Walau bagaimanapun jabatan agama islam dah keluar kan fatwa bahawa menghisap rokok itu adalah haram. Jadi demi ingin menyelamatkan korang dari terus mendapat dosa, pak cik disini nak kongsi petua bagi korang berhenti merokok.

Petuanya adalah->


  1. Minumlah air banyak-banyak. Kalau korang nak minum air satu lori tangki pon pak cik tak kisah..jangan korang minum air ketum sudah. Elakkan minum air berkafein seperti kopi dan teh, kerana    minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
  2. Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian korang daripada rokok. Contohnya ajaklah jiran mengumpat, kira bulu kambing ataupun buat poco-poco kat dalam supermarket ke.
  3. Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan. Kalau bosan tarik nafas sorang-sorang, ajaklah ketua kampung anda tarik nafas bersama-sama.
  4. Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali anda ingin merokok. Jika bekalan air di rumah anda kena potong, tumpanglah mandi di rumah jiran ataupun mandi di surau yang berdekatan.


p/s- rokok dekat Sarawak murah-murah.

Tuesday 13 September 2011

Petua memancing ikan


Assalammualaikum..salam satu Malaysia..mesti ade di antara korang yang jenis kaki pancing hardcore . Tak kiralah tempat tu ade hantu, ade banyak babi hutan ataupun loji tahi sekalipun, selagi tempat tu  ade ikan besar yang banyak korang mesti pergi jugak punyalah. Namun korang mesti frust bila pergi mancing dalam hutan sampai 2-3 hari tapi sekor ikan pun tak dapat, pastu kene bebel lagi dengan bini. Sebenarnya nak memancing ni ade caranya. Disini pak cik nak share sikit lah ayat atau petua nak memancing ni walaupun sebernarnya pak cik tak minat memancing, tengok orang mancing minatlah. Di harap selepas pak cik bagi petua ni korang takkan pulang dengan tangan kosong mase pergi mancing selepas ni.

Ni lah petuanya:-


  1. Tuliskan surah An Nashr di atas kepingan timah dan letakkan dekat umpan. Lebih kurang korang gantikan batu ladung dengan timah tu. Nescaya berduyun2 ikan akan berkerumun kat umpan korang.
  2. Sebelum kamu memancing baca " Yaa Asmaku Auladu Ka" (wahai ikan2 aku lah ketua kamu)


p/s:  Nanti bila dapat ikan karang, bagi lah pak cik sekor dua ok?

Petua sakit perut

Assalammualaikum..masalah sakit perut sering kali menggangu tugasan seharian kita. Nak tidur tak boleh,
nak bagi kucing makan tak boleh, senang citer semua benda lah tak boleh buat. Pak cik pon dah banyak
kali mengalami masalah ni. Kalaulah sakit perut ni sejenis hidupan, nak je pak cik pijak2 kepala dia.
Tapi korang jangan risau..semua penyakit ade penawarnya. Disini pak cik nak kongsi beberapa tips
dan petua bagi menangani masalah sakit perut korang tu.


  1. Minum madu satu sudu..madu ape2 pon boleh..jgn lupe selawat sebelum minum.
  2. Makan pucuk jambu..kunyah perlahan2 dan telan..kalau tak boleh nak telan anggap lah diri anda sebagai seekor kambing yg kelaparan.
  3. Ambik tepung gandum dalam satu sudu..satu senduk boleh gak kalau korang nak..pastu masukkan dalam air..gaul hingga sebati dan minum.
  4. Kalau semua cara diatas tak jalan jugak pergilah beli pil Chi Kit Teon ke, pil Bah Kah Chai ke..telan lah sampai 7-8 biji sehingga perut korang rase lega.
  5. Kalau tak elok jugak perut tu..pergilah klinik..pergi check kot2 pregnant ke..mane la tahu..budak2 zaman sekarang bukan boleh percaya.